ARTIKEL

Pendidikan terus jadi keutamaan Safiee di Daro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Pendidikan kekal menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Daro, Safiee Ahmad dalam memastikan generasi muda di kawasannya mendapat akses kepada kemudahan pembelajaran selesa dan berkualiti.

Menurutnya, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan termasuk pembinaan blok kelas baharu serta penambahbaikan infrastruktur pendidikan.

“Antara kejayaan yang dicapai ialah pembinaan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pangtray menggunakan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) yang kini siap sepenuhnya,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kampung Pangtray 2025, petang semalam.

Beliau turut memaklumkan sebuah dewan serba guna sedang dibina di sekolah berkenaan dengan kos RM350,000 di bawah Dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menyokong pelbagai program dan aktiviti murid.

Pada majlis sama, Safiee turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM6,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta meluluskan tambahan RM10,000 untuk Program Cemerlang Tahun 6 (Pro-Cem).

“Saya percaya pendidikan adalah pemangkin utama perubahan sosial dan ekonomi masyarakat. Ia merupakan instrumen penting dalam memperkasa individu dan membuka peluang ke arah masa depan yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau turut menyeru ibu bapa terus menyokong penyertaan anak-anak dalam aktiviti kokurikulum sebagai pelengkap pembangunan sahsiah dan bakat pelajar.

“Potensi anak-anak perlu digilap termasuk dalam bidang sukan. Usaha bersama antara sekolah, PIBG dan komuniti amat penting untuk memperkasakan pendidikan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan guru dan ibu bapa menanam nilai inovasi dan kreativiti dalam kalangan murid selaras dengan aspirasi melahirkan generasi holistik dan berdaya saing.

“Kerajaan Sarawak memberi tumpuan serius terhadap pembangunan pendidikan menerusi pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif termasuk dasar pendidikan percuma. Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan dalam menjayakan usaha ini,” katanya. – TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha