ARTIKEL

Penduduk Kabong berdepan krisis bekalan air kritikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Keadaan cuaca panas dan kemarau yang berpanjangan menyebabkan penduduk di Daerah Kabong kini berdepan krisis bekalan air bersih yang semakin meruncing dan kritikal.

Pada awalnya, masalah bekalan air bersih ke sini dilihat masih dalam kawalan apabila pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) melakukan catuan air bagi membolehkan air ditakung terlebih dahulu sebelum disalurkan ke kawasan penempatan penduduk secara berjadual.

Namun, paras air yang semakin kritikal di kawasan loji penapisan menyebabkan bekalan air kepada penduduk terpaksa dihentikan mulai hari ini.

Loji Perawatan Air Lichok Roban kini tidak dapat beroperasi seperti biasa ekoran paras air yang rendah dan proses penapisan air tidak dapat dilakukan seperti biasa.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan secara rasmi bahawa terdapat empat loji rawatan air yang ditutup operasinya mulai hari ini.

“Empat loji rawatan air (LRA) di Sarawak—iaitu di Simunjan, Lingga, Spaoh, dan Lichok telah ditutup operasinya akibat kekeringan sumber air mentah ekoran musim kemarau yang melanda,” ujarnya.

Kenyataan rasmi ini dikeluarkan oleh beliau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam sidang media pada 31 Ogos 2026.

Berikutan keadaan itu, operasi pembenihan awan di kawasan empat loji yang terjejas menjadi fokus utama bagi menangani krisis tersebut dan dijadualkan berlangsung antara 3 hingga 5 September 2026 sebagai langkah proaktif mencetuskan hujan.

Dalam pada itu, para ketua kampung dan penghulu kini giat mengusahakan permohonan bantuan bekalan air untuk penduduk dengan memohon agar bekalan air dihantar menggunakan lori tangki JBALB.

Turut dimaklumkan, usaha mendapatkan bantuan air minuman botol juga sudah diajukan kepada pihak berwajib dan mendapat respons positif daripada pihak berkenaan.

Hari ini, sejak jam 2.30 petang, beberapa buah lori tangki JBALB dilihat membawa bantuan air untuk penduduk di Kampung Hulu Kabong.

Menurut makluman awal, dianggarkan penghantaran bekalan air sebanyak tiga hingga enam lori tangki akan dilakukan.

Bagaimanapun, sepanjang pemerhatian pada sesi agihan air tadi, jumlah air yang diagihkan sangat terhad dan sebuah keluarga hanya mendapat beberapa baldi air, manakala ada yang mendapat satu tong kecil berkapasiti dianggarkan 300 liter sahaja.

Walaupun sedikit, penduduk jelas teruja dan bersyukur kerana sekurang-kurangnya mereka mempunyai bekalan air untuk kegunaan hari ini, berbanding ramai lagi penduduk yang masih menunggu kerana bekalan air yang dihantar habis dan tidak sampai kepada mereka.

Justeru, penduduk di sini berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan lebih proaktif bagi mencari jalan membantu membekalkan air kepada mereka dalam keadaan mendesak seperti sekarang.

BERITA LAIN

Semak sebelum kongsi, elak hasutan di media sosial

PAKAN: Kemudahan media sosial wajar dimanfaatkan secara positif sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan dan berkongsi perkara bermanfaat tanpa mengorbankan keharmonian. Penasihat Pejabat Premier

BERITA TERBARU

Futsal TFL: AFA sapu bersih dua kategori Bawah 12 Tahun

SAMARAHAN: Pasukan dari Australia, Australian Futsal Association (AFA), mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya merangkul kejuaraan berganda dalam Kejohanan Futsal TFL Piala Perdana Siri Ke-2 2026