
KUCHING: Kira-kira RM10,000 ditaja Bank Rakyat kepada Kolej Universiti i-CATS (iCats UC) untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Kampung Sibu Laut, di sini, hari ini.
Seramai 30 pelajar dan 25 kakitangan iCats UC serta beberapa dari pihak Bank Rakyat turun padang untuk menjalankan program di kawasan tersebut.
Sementara, Naib Canselor iCats UC Professor Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce berkata, program CSR ini bertujuan untuk mengembangkan lagi penyelidikan dan segala kemajuan universiti ke komuniti, selain membantu masyarakat setempat.

“Menerusi program seperti ini, kita ingin memastikan agar komuniti-komuniti di sekitar Sarawak dapat dibangunkan.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual wartawan sebelum melaksanakan program-program CSR di Kampung Sibu Laut, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Pengarah Program Dahlia Bujang memberitahu bahawa terdapat empat aktiviti dilakukan di lokasi tersebut bagi menjalankan projek CSR.
Dedahnya, projek pertama melibatkan pengindahan surau dengan mengecat rumah ibadat tersebut, diikuti pemasangan lampu solar di kawasan surau.
“Ketiga, pemasangan hidroponik menggunakan sistem solar dan keempat, projek pembersihan di persekitaran kawasan kampung oleh pelajar iCats UC,” katanya ringkas.



