ARTIKEL

Penduduk Repok terus disantuni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Keperihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii terus menyantuni rakyat di kawasannya dengan menghulurkan sumbangan penutup mulut dan hidung.

Sumbangan kali ini diedarkan kepada penerima yang sebahagian besarnya tinggal di bangunan dan premis perniagaan di sekitar Sarikei.

Baru-baru ini, penduduk di sekitar DUN Repok turut menerima sumbangan yang sama daripada pemimpin berkenaan.

Penyampaian sumbangan dilakukan pasukan Pusat Khidmat N.45 Repok, Jawatankuasa SUPP Cawangan Sarikei, Pemuda SUPP Cawangan Sarikei dan Wanita SUPP Cawangan Sarikei.

Ia turut dibantu Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Kaunselor Majlis Daerah Sarikei.

Sehubungan itu seluruh rakyat Sarikei digesa agar mematuhi sepenuhnya perintah kawalan pergerakan dengan tinggal di rumah sepanjang tempoh PKP bagi memastikan Sarikei kekal sebagai zon Hijau.

“Kita faham langkah ini mungkin memberi kesan ke atas ekonomi tetapi ia terpaksa dilaksanakan demi kesihatan dan keselamatan rakyat. Kerajaan Sarawak ingin melindungi rakyat dan berharap penularan wabak Covid 19 diselesaikan secepat mungkin,” kata jurucakap pusat khidmat N.45 Repok.

Dalam pada itu seorang penerima, Eric Lim, 40, berkata, dia amat menghargai sumbangan yang dihulurkan pemimpin tersebut.

“Saya juga ingin terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas bantuan yang disalurkan melalui Dato’ Sri Huang yang merupakan wakil rakyat kami di DUN Repok,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha