Trending

Penembak Sarawak sumbang pingat di Kejohanan Menembak SEASA KE-45

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
HEBAT... Mohd. Haziq (kiri) bersama rakan sepasukan.

KUCHING: Aksi hebat diperaga barisan penembak muda Sarawak yang mewakili negara pada Kejohanan Menembak SEASA Ke-4 2023 apabila berjaya menyumbang pingat dalam kategori masing-masing.

Berlangsung di Taoyuan, Taiwan baru-baru ini, Justin Joannnes Kelukin berjaya meraih pingat emas menerusi acara 10 meter pistol angin individu remaja lelaki manakala Mohd. Haziq Fadhil Khalid turut berjaya meraih pingat emas menerusi berpasukan. 

Bagaimanapun Mohd. Haziq turut menduduki tempat ketujuh ketika berentap dalam kategori 10 meter pistol angin individu remaja lelaki.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan mengucap syabas buat kedua-dua atlet terbabit.

“Pencapaian cukup hebat dipamer kedua-dua atlet terbabit pada kejohanan itu.

“Kita tahu kejohanan terbabit yang turut menghimpunkan penembak handalan dari beberapa buah negara lain. Namun, mereka berjaya membuktikan mereka berada di kelas tersendiri,” ujar Awang Putrayusrie.

Beliau percaya kejayaan dicipta kedua-dua penembak berkenaan akan menjadi penanda terbaik untuk mereka terus cemerlang pada kejohanan lain yang akan disertai selepas ini.

Kejohanan anjuran Persatuan Menembak Taiwan itu bermula 6 November lalu.

Sebanyak 15 acara dipertandingkan menghimpunkan lapan negara.

Antaranya, Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam, Hong Kong dan Taiwan selaku tuan rumah.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Regu Azam raja libas

REGU Azam dari Bintulu muncul juara Kejohanan Raja Pisak Ragak

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru