ARTIKEL

Sagah ketika berucap pada Majlis Pengerami Gawai I-Cats Segulai Sejalai 2025 di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti I-Cats, di sini, hari ini.

Penempatan guru di Sarawak melebihi 90 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tahap penempatan guru di Sarawak setakat ini melebihi 90 peratus, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau menjelaskan bahawa sasaran 100 peratus sukar dicapai berikutan faktor persaraan dan perpindahan di antara guru di Sarawak yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Beliau menegaskan bahawa apa yang penting ketika ini adalah memastikan ketersediaan guru bagi subjek kritikal di Sarawak, terutamanya untuk pelajar di kawasan luar bandar.

“Kalau kita nak harap 100 peratus memang susah, yang lebih penting adalah mempunyai guru yang mencukupi untuk subjek kritikal bagi pelajar, lebih-lebih lagi di luar bandar.” jelasnya.

Dalam isu lain, Sagah enggan mengulas keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mahu mengehadkan kemasukan automatik ke program matrikulasi hanya kepada pelajar SPM yang mendapat 10A+ dan A penuh.

“Itu bidang kuasa KPM. Saya tak mahu komen. Itu kerja mereka (KPM),” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata dasar baharu itu berasaskan meritokrasi dan memberi keutamaan kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha