ARTIKEL

Penerbangan AirAsia Kuching-Jakarta setiap hari mulai 8 Februari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Air Asia bakal meningkatkan kekerapan penerbangan bagi laluan Jakarta-Kuching setiap hari mulai 8 Februari depan.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata, ia merupakan usaha pihaknya untuk menyediakan lebih banyak pilihan penerbangan dengan kadar tambang berpatutan.

“Sekali gus membolehkan orang ramai khususnya rakyat dari Jakarta atau Kuching mengunjungi kota masing-masing dengan lebih mudah dan selesa untuk tujuan bercuti mahupun urusan perniagaan.

“Laluan ini juga sangat penting sebagai penghubung secara keseluruhan, terutamanya dengan penubuhan ibu kota Indonesia yang baharu di Nusantara, Kalimantan Timur,” kata kenyataan itu, hari ini.

Laluan penerbangan Jakarta-kuching yang dikendalikan AirAsia Indonesia telah mulai beroperasi 15 Jun tahun lalu.

Ia telah menjadi pilihan popular dalam kalangan penumpang dari kedua-dua bandar.

Penerbangan itu boleh ditempah untuk penerbangan se dengan harga serendah Rp689.00 sehala dari Jakarta dan RM149 dari Kuching.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha