ARTIKEL

AAX - XBC receiving ceremony

Penerbangan dari KL ke Almaty bermula 14 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pada November lepas, AirAsia X Bhd (AAX) mengumumkan untuk mengembangkan operasinya ke Asia Tengah sebagai syarikat penerbangan Malaysia pertama, menawarkan penerbangan terus ke Almaty, bermula 14 Mac, 2024.

Untuk itu, AirAsia menawarkan tambang promosi ke Almaty, Kazakhstan bermula RM88 termasuk semua sehala sempena meraikan pelancaran penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke destinasi itu pada 14 Mac, 2024 ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail dalam kenyataan semalam berkata Kazakhstan merupakan destinasi baharu AAX yang mendapat sambutan mengagumkan.

“Jualan terhad itu bermula pada 10 pagi hingga 6 petang Jumaat dan itu membuktikan komitmen pihak kami untuk menawarkan perjalanan lebih lancar dan berpatutan.

“Kami juga menjangka permintaan tinggi khususnya daripada golongan pelajar dari Almaty, atau pengembara yang ingin melawat Kuala Lumpur (KL) dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama,” katanya.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu turut menjelaskan tambang promosi itu tersedia melalui aplikasi airasia Superapp atau laman sesawangnya untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Oktober 2024.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Almaty berlepas pada 12.50 tengah hari, manakala dari Almaty ke Kuala Lumpur berlepas pada 8.05 malam setiap Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad bagi kedua-dua laluan.

BERITA LAIN

Pertingkat usaha bantu PKS tembusi pasaran luar

SAMARKAND: Usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menembusi pasaran luar negara perlu dipertingkat bagi mengangkat kedudukan syarikat berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri

Capai aspirasi negeri maju

SERIAN: Program Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Hidrogen and Tech Safari 4.0, menjadi platform kepada komuniti setempat dalam berkongsi maklumat dengan agensi serta industri pemodenan

BERITA TERBARU

Telus, sahih dan tepat

SEBELUM ada komputer dan telefon bimbit canggih seperti hari ini, wartawan bergantung kepada komputer di pejabat untuk menulis berita. Dan biasanya wartawan hanya akan berada