ARTIKEL

Penerbangan dibatal akibat jerebu tebal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Beratus-ratus penerbangan dibatalkan atau ditunda pada Isnin apabila jerebu tebal menyelubungi ibu negara India dan kawasan sekitarnya, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Akhbar tempatan The New Indian Express melaporkan, akibat penglihatan yang terhad, syarikat penerbangan Indigo mengumumkan pembatalan 109 penerbangan, manakala Air India membatalkan 37 penerbangan.

Air India Express pula mengumumkan 20 penerbangan terjejas di seluruh rangkaiannya di India Utara.

Sementara itu, akhbar Hindustan Times melaporkan 400 penerbangan tertunda kerana jarak penglihatan yang rendah akibat lapisan jerebu yang tebal menutupi kawasan ibu negara.

Purata Indeks Kualiti Udara (AQI) Delhi pula mencatatkan 498, berada di hujung kategori serius.

Kerajaan Delhi menggesa penduduk, terutamanya kanak-kanak dan mereka yang mempunyai masalah pernafasan atau jantung, agar kekal di dalam rumah dan memakai pelitup muka jika keluar.

Aktiviti perindustrian dan trafik adalah penyumbang utama pencemaran udara di bandar itu, selain pembinaan yang pesat.

Pencemaran udara dijangka terus meruncing pada musim sejuk. – Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil