ARTIKEL

Henry menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Penerbangan Terus Kuching-Guangzhou di Vivacity Megamall, di sini, malam tadi.

Penerbangan terus Kuching-Guangzhou mula beroperasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IQHWAN HAMDAN (PELATIH UiTM)

KUCHING: Perkhidmatan penerbangan terus antara Kuching dengan Guangzhou dikendalikan Batik Air bermula hari ini menjadi pemangkin kepada peningkatan kesalinghubungan serantau serta pertumbuhan sektor pelancongan.

Menteri Pengangkutan (MOTS) Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, pelancaran laluan itu melambangkan jambatan yang semakin kukuh antara kedua-dua wilayah serta membuka peluang baharu dalam bidang pelancongan, perdagangan, pelaburan dan pertukaran budaya.

“China sekian lama merupakan rakan penting kepada Sarawak dan kekal sebagai salah satu pasaran antarabangsa utama bagi sektor pelancongan dan perniagaan.

“Dengan Guangzhou sebagai hab ekonomi dan komersial utama di selatan China, penerbangan terus ini akan meningkatkan aksesibiliti serta memperkukuh hubungan antara Sarawak dengan wilayah selatan China,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep pada Majlis Pelancaran Penerbangan Terus Kuching-Guangzhou di Vivacity Megamall, di sini, malam ini.

Menurutnya, kedudukan strategik Sarawak di tengah-tengah Borneo amat mengalu-alukan pengukuhan kesalinghubungan dengan bandar-bandar antarabangsa utama, khususnya dalam pasaran penting seperti China.

Usaha memperkukuh kesalinghubungan udara menjadi keutamaan Sarawak untuk memposisikan negeri ini sebagai destinasi dinamik pelancongan, perniagaan dan kerjasama antarabangsa.

“Laluan penerbangan terus seperti ini memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan orang ramai, merangsang aktiviti ekonomi serta memperkukuh kerjasama serantau,” ujarnya.

Tegasnya, Kerajaan Sarawak akan terus menyokong dan menggalakkan pembangunan lebih banyak penerbangan antarabangsa terus yang menghubungkan Sarawak dengan destinasi utama dunia.

“Pengukuhan kesalinghubungan udara bukan sahaja penting untuk pertumbuhan pelancongan, malah turut memudahcara perdagangan, pelaburan serta pertukaran antara rakyat.

“Selain itu, pengukuhan kesalinghubungan udara turut memposisikan Sarawak sebagai pintu masuk penerbangan yang sedang berkembang di rantau ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Bao Hang International Sdn. Bhd atas usaha mereka dalam mempromosi serta merealisasikan perkhidmatan penerbangan sewaan berjadual ini antara Kuching dengan Guangzhou.

Untuk rekod, laluan tersebut akan beroperasi sepanjang tahun dengan kekerapan dua kali seminggu yang menawarkan kemudahan serta akses yang lebih baik kepada penumpang.

Jadual penerbangan laluan itu melibatkan penerbangan dari Kuching (KCH) ke Guangzhou (CAN) pada setiap Selasa dan Sabtu, manalala penerbangan dari Guangzhou (CAN) ke Kuching (KCH) pada setiap Rabu dan Ahad.

Penerbangan OD 662 dari Kuching ke Guangzhou dijadual berlepas pada 10.20 malam dan tiba pada 2.20 pagi (hari berikutnya) manakala OD 663 dari Guangzhou ke Kuching berlepas pada 3.20 pagi dan tiba pada 7.20 pagi.

Penerbangan berkenaan menawarkan 12 tempat duduk kelas perniagaan dan 146 tempat duduk kelas ekonomi.

Penerbangan sulung OD 662 dijangka berlepas dengan muatan penuh seramai 159 penumpang dari Sarawak ke Guangzhou.

Henry menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Pelancaran Penerbangan Terus Kuching-Guangzhou di Vivacity Megamall, di sini, malam tadi.
Henry meninjau pameran pada perasmian Majlis Pelancaran Penerbangan Terus Kuching-Guangzhou di Vivacity Megamall, di sini, malam tadi.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU