Lebih 210,000 penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih menerima Sumbangan Asas Rahmah (Sara) berjumlah RM600 hari ini, bagi mendapatkan barangan keperluan makanan asas. Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan Sara bagi penerima STR di Semenanjung Malaysia dibuat secara berperingkat, manakala penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan pada 7 Ogos ini. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan itu berkata, Kerajaan Perpaduan memperuntukkan hampir RM130 juta di bawah inisiatif Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan, terutamanya kumpulan miskin tegar mendepani cabaran kos sara hidup.

Paris 2024: Dhabitah layak ke final acara 3m papan anjal wanita
Atlet terjun Nur Dhabitah Sabri layak ke final acara 3m papan anjal wanita Sukan Olimpik Paris 2024. Dhabitah meneruskan aksi cemerlang pada separuh akhir hari


