ARTIKEL

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan DUN Sarawak, hari ini. - Foto: UKAS

Pengagihan wang saku RM1,200 kepada semua pelajar Sarawak di IPT seluruh negara diurus Yayasan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mekanisme pengagihan wang saku RM1,200 daripada Kerajaan Sarawak mulai tahun depan bagi semua pelajar Sarawak yang mendaftar di institusi pengajian tinggi seluruh negara akan diuruskan oleh Yayasan Sarawak.

Pengumuman tentang perkara tersebut telah dibuat oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ketika menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Ia akan diberi tanpa mengira tahap pendapatan keluarga para pelajar.

Abang Johari berkata pelajar terbabit mewakili kumpulan bakat masa depan negeri, dan tumpuan mereka harus kekal sepenuhnya pada pengajian tanpa kebimbangan tentang kewangan yang menghalang mereka.

“Semasa Lan Berambeh 2024 baru-baru ini, saya telah mengumumkan bantuan kewangan khas dalam bentuk wang saku untuk pelajar pengajian tinggi.

“Dalam ucapan Bajet 2025, saya memberikan butiran lanjut mengenai wang saku RM1,200 ini, yang diberikan kepada pelajar dari kumpulan berpendapatan rendah dengan pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 ke bawah.

“Beberapa Ahli Yang Berhormat (ADUN) telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang menggunakan pendapatan per kapita sebagai kriteria kelayakan bagi bantuan ini.

“Saya telah mendengar kebimbangan ini, dan saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa semua pelajar Sarawak di institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia akan layak, tanpa mengira pendapatan keluarga mereka.

“Ini adalah komitmen Kerajaan GPS untuk memastikan kebajikan bakat muda kita dijaga dengan baik,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha