ARTIKEL

Pengajaran tragedi letupan gas di Selangor, S’wak kuat kuasa koridor gas khas, perketat langkah keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menguat kuasa koridor gas khas dengan langkah keselamatan ketat di bawah Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (Sarawak Gas Roadmap) bagi mengelak kejadian seperti letupan gas di Selangor baru-baru ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan Kerajaan Sarawak merancang inisiatif ini lebih awal memastikan keselamatan serta mengurangkan risiko berkaitan pengangkutan dan penyimpanan gas bertekanan tinggi.

“Kita ada koridor khas dengan sistem penyimpanan data dan ia dianggap sebagai kawasan keselamatan. Ini bermakna tiada aktiviti tidak dibenarkan boleh berlaku di situ.

“Selain itu, kita wartakan koridor ini untuk mengelak pencerobohan dan pembangunan tidak terkawal di kawasan sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran ADUN Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, di Dewan Hikmah, Petra Jaya, hari ini.

Jelasnya lagi, Samalaju dijadikan contoh kawasan selamat, dengan kediaman dan kemudahan awam tidak dibenarkan dibina berdekatan infrastruktur gas demi mengelak risiko kemalangan.

“Pelan Hala Tuju Gas Sarawak masih di peringkat awal, jadi kita boleh memasukkan langkah keselamatan ini dalam perancangan secara menyeluruh.

“Kawasan ini mesti cukup luas sebagai zon penampan dan diwartakan sebagai koridor gas supaya sebarang isu dapat dikesan lebih awal,” ujarnya.

Menurut beliau, gas bertekanan rendah yang digunakan di rumah tidak berisiko tinggi, tetapi gas bertekanan tinggi memerlukan prosedur keselamatan yang lebih ketat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Langkah ini diambil ekoran berlaku letupan besar berlaku di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu, dipercayai berpunca daripada kebocoran paip gas milik Petronas Gas.

Menurut laporan Bernama, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 3.45 petang, manakala seramai 305 mangsa berjaya diselamatkan dan dipindahkan.

Bagaimanapun, kejadian tersebut mengakibatkan 190 rumah dan 159 kenderaan rosak.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar letupan.

Dengan inisiatif ini, Sarawak berharap dapat mengelak tragedi serupa daripada berlaku, sekali gus memastikan pembangunan industri gas di negeri ini lebih tersusun, selamat dan mampan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,