HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Pengakap Sarawak cipta meja buluh paling panjang di Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Persekutuan Pengakap Malaysia, Cawangan Sarawak mencipta rekod baharu apabila berjaya memasuki ‘Malaysia Book of Records’ dengan ciptaan meja buluh terpanjang di Malaysia.

Meja buluh dengan kepanjangan 81.20 meter itu berjaya dibina dalam tempoh lebih 50 jam hasil kerjasama sekitar 40 ahli pengakap dari dalam dan luar negara.

Diperbuat daripada 500 batang buluh (10 kaki) yang diambil dari Kampung Sidunuk, Padawan, rekod tersebut berjaya mengatasi catatan lama dibuat oleh sebuah kelab di Pahang dengan ukuran 60.9 meter.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyaksikan acara bersejarah berkenaan di Tebingan Sungai Kuching mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat.

“Terima kasih kepada semua ahli pengakap dari Sarawak, Semenanjung, Sabah dan Kalimantan yang telah bersama-sama membuat meja buluh ini bagi membolehkan rekod baharu tercipta.

“Tidak mudah untuk membuat meja daripada buluh, apatah lagi menjadikannya terpanjang di negeri ini,” katanya.

Meja selebar 1.6 meter itu dibina dengan teknik ikatan serong, ikatan seraya, lilitan kacan dan silang gunting.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru