ARTIKEL

Gambar Hiasan

Penganggur didenda kerana curi kabel sepanjang 1.74 meter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan mencuri kabel koper sepanjang 1.74 meter milik Telekom Malaysia Berhad.

Muhammad Ryann Hidayat Abdullah, 22, mengaku bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Reservoir, kira-kira jam 4.30 petang, 2 Oktober lalu.

Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan anggota polis bersama pasukannya melakukan rondaan cegah jenayah Op Bersepadu terserempak dengan dua orang lelaki yang mencurigakan di tepi Jalan Reservoir.

Semasa menghampiri kedua-dua mereka, mendapati sedang mencuri kabel. Tertuduh berjaya ditangkap manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

Barang-barang yang digunakan untuk mencuri turut dirampas seperti pemotong kabel, tali penarik kabel, batang besi, pemotong kabel yang telah diubah suai, dua buah motosikal, dan lain-lain.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon mahkamah menggenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU