ARTIKEL

Penganggur dijel enam bulan curi komputer riba

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penggangur dari skim Penempatan Stapok yang mengaku bersalah memiliki tablet Asus curi dikenakan hukuman penjara enam bulan dan didenda RM2,000 ataupun dua bulan penjara oleh mahkamah majistret disini semalam.

Majistret Shukri Mokhtar menjatuhkan hukuman penjara berkenaan terhadap Alex ak Ujai, 29, setelah tertuduh mengaku bersalah melakukan kes dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Alex mengaku memiliki sebuah tablet jenis Asus yang dicuri daripada Surash A/L Kanageratanam pada 26 April lalu di bandar baru Batu Kawah di sini.

Menurut fakta kes, pengadu mengatakan pada 26 April lalu, kira-kira jam 4.15ptg ketika mengisi minyak di stesen minyak motosikal di Height Drive, Jalan Sutong Baru, dua penunggang motosikal yang tidak dikenali menaiki motosikal berwarna merah telah merentap beg anduh yang diletak di dalam bakul depan motosikalnya.

Pengadu terkejut dan cuba mengejar pencuri tersebut namun tidak berjaya.

Pada hari yang sama sekumpulan polis daripada unit D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen telah membuat serbuan ke tingkat 1, rumah kedai di bandar Baru Batu Kawa dan menahan tiga suspek dan salah seorang suspek didapati memiliki sebuah tablet jenis Asus.

Penyiasatan lanjut mendapati bahawa suspek telah membeli tablet berkenaan dari seorang lelaki yang tidak dikenali.

Dalam rayuannya tertuduh meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih ringan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.

Pendakwaan di jalankan oleh Inspektor Nelson Ensit.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha