BAU: Seorang penganggur ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, suspek, seorang lelaki berumur 44 tahun ditahan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau sekitar jam 5 petang.
“Anggota telah menahan suspek yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan menjalankan ujian saringan awal air kencing.
“Hasil ujian air kencing suspek didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Haide berkata, suspek turut mengaku mengambil dadah syabu empat hari sebelum ditahan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


