ARTIKEL

⁠BERSAMA... Elder (empat dari kiri) bersama-sama Ahli Jawatankuasa Program Khidmat Krismas Bersama Persatuan Gereja di Sarawak

Penganut Kristian di Kuching dijemput sertai Program Khidmat Krismas Bersama Persatuan Gereja di Sarawak 14 Disember ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penganut Kristian di sekitar bandaraya Kuching dijemput untuk menghadiri Program Khidmat Krismas Bersama Persatuan Gereja di Sarawak Tahun 2023 di pusat Ibadah Ekumenikal Kristian, Jalan Stampin bermula 7.30 malam pada 14 Disember ini.

Setiausaha Agung Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak, Elder Ambrose Linang berkata, upacara sempena persediaan sambutan hari krismas itu diadakan dengan tema ‘Jesus, The Promised One (Matthew 1:1-8)’ yang akan dikelolakan Borneo Evanguecal Mission (BEM).

“Program ini melibatkan mereka (peserta) yang berada di bahagian Kuching sahaja memandangkan semua Persatuan Gereja di seluruh Sarawak akan ada mengadakan program sama mengikut tarikh yang telah ditetapkan masing-masing.

“Untuk di Kuching, tahun lalu kita telah menerima penyertaan positif iaitu kira-kira lebih 2,500 orang namun kali ini kita menyasarkan lebih 1,000 peserta memandangkan ruangan lokasi program dijangka mampu memuatkan kira-kira 1,200 hingga 1,500 orang sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Persatuan Gereja di Sarawak di Jalan Stampin, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi program ialah Harry Pudun, Setiausaha Ronny Kee Leong dan Paderi Gereja Katolik Galvin Ngumbang.

Mengenai program, Elder mengesahkan semua ketua gereja di Kuching akan hadir.

Selain itu, pihaknya juga telah menjemput wakil kumpulan daripada Agama Buddha, Hindu, Bahai dan Sikh.

Katanya, antara yang akan dilaksanakan pada majlis ialah bacaan bacaan kitab suci dengan menggunakan lima bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Salako dan juga Iban.

Tambahnya, majlis juga akan melangsungkan doa perdamaian, keamanan dunia dan negara, raja dan pemimpin, doa untuk orang miskin, kurang kemampuan, pelarian serta doa untuk perpaduan Kristian.

Justeru itu, beliau menyeru agar penganut Kristian di bandaraya Kuching dapat sama-sama hadir dalam memeriahkan majlis terbabit.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha