ARTIKEL

Tangkap layar video Youtube

Pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh rakan sekerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA SELANGOR: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya pada 15 Sept lepas.

Wan Shahrizan Wan Kadir, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki tersebut kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Wan Shahrizan didakwa membunuh Raja Azman Raja Abdul Tahir, 43, di pondok pengawal keselamatan sebuah sekolah di Sabak Bernam dekat sini antara 2.30 pagi sehingga 4 pagi, pada 15 Sept lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 13 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azali Ibrahim dan mahkamah menetapkan 4 Dis sebagai tarikh sebutan semula kes.

Semalam, media melaporkan masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di Sabak Bernam pada 16 Sept lepas. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha