ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah oleh anggota polis.

Pengedar kanabis dijatuhi hukuman penjara 31 tahun, 12 sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 31 tahun dan 12 sebatan terhadap seorang lelaki atas kesalahan mengedar dadah jenis kanabis seberat 590.05 gram, enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Zaleha Mohd Yusuf Pan menjatuhkan hukuman itu ke atas Zul, 34, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap dua pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun serta 12 sebatan.

Manakala bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 6 akta yang sama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkapan pada 19 Mac 2019.

Mengikut fakta kes, Zul ditahan pada jam 7.15 malam, 19 Mac 2019 di sebuah rumah di Jalan Astana dan didapati memiliki dadah jenis kanabis seberat 590.05 gram.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU