ARTIKEL

Abdul Rahman ketika ditemui pemberita.

Penggabungan empat agensi pengurusan sumber air Sarawak dijangka dilaksana pada hujung tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penggabungan empat agensi pengurusan sumber air di Sarawak untuk menjadi sebuah entiti bekalan air dijangka dapat dilaksanakan pada penghujung tahun ini.

Empat agensi berkenaan adalah Lembaga Air Kuching (LAK), Lembaga Air Sibu (LAS), Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata gabungan keempat-empat entiti tersebut bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan sumber air di negeri ini.

“Seandainya gabungan ini dapat dilaksanakan dalam masa yang dicadangkan, ia akan mewujudkan satu entiti air yang menguruskan kecekapan sumber air di seluruh negeri.

“Maka pada masa akan datang, Sarawak akan memiliki satu entiti utama bagi bekalan elektrik yang dikendali oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) dan satu bagi bekalan air,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) di Hotel Waterfront di sini hari ini.

Abdul Rahman (tiga kiri) serta isteri bergambar dengan Tun Wan Junaidi (empat kiri) dan isteri, bersama-sama tetamu kehormat lain.

Sementara, beliau memberitahu nama entiti tersebut masih dalam perbincangan dan belum diputuskan.

“Ada beberapa cadangan nama (entiti), namun belum diputuskan lagi,” ujarnya.

Sehubungan itu, Abdul Rahman memberitahu bahawa entiti air ini dapat diwujudkan selepas penggabungan dan perbincangan, terutamanya melibatkan sumber manusia dan lain-lain.

“Selain bagi memastikan urus tadbir air berjalan lancar dan sistematik, ia juga selaras dengan saranan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk melakukan sistem pendigitalan bagi bekalan air di Sarawak sama seperti yang dilakukan SEB untuk bekalan elekteik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pelbagai lapisan masyarakat hadir untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran Abdul Rahman serta isteri, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.

Turut menyerikan majlis berkenaan, Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri, Datin Seri Fatimah Mohd Iskandar, Setiausaha Kerajaan Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, dan tetamu kehormat lain.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha