ARTIKEL

Datuk Seri Tiong King Sing | Bernama

Penggabungan PSB-PDP tiada syarat tambahan – Tiong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Penggabungan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dengan Parti Demokratik Progresif (PDP) tidak membabitkan sebarang terma atau syarat tambahan, menurut Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau mengulas peletakan jawatan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh, dengan merujuk Klausa 3 Memorandum Persefahaman yang dimeterai kedua-dua parti.

Klausa itu menetapkan bahawa tiada terma dan syarat lain yang mengikat mana-mana pihak, dan Tiong menegaskan kedua-dua parti bersetuju dengannya, sekali gus menolak dakwaan Wong tentang matlamat asal penyertaannya.

Dalam hantaran Facebook malam tadi, Tiong menyifatkan dakwaan itu tidak munasabah jika ia berpunca daripada kepentingan peribadi yang tidak diambil kira, selain menyatakan PDP mengalu-alukan bekas ahli PSB demi memperkukuh kestabilan politik dan perpaduan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sementara itu, Wong mengumumkan peletakan jawatannya daripada PDP semalam kerana hala tuju semasa parti itu didakwa menyimpang daripada matlamat dan jangkaan asal, manakala penyandang kerusi DUN Engkilili, Dr Johnichal Rayong Ngipa, turut melepaskan semua jawatannya dalam parti berkuat kuasa semalam seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pengundi biak nentu tunga tuju iringtuai nengeri

SAMARAHAN: Pengundi biak diansak bejalaika tanggungpengawa sida maya hari ngundi 12 Disember tu dikena nentuka sada rebak baru bela didinga nentuka tunga tuju iringtuai Sarawak