ARTIKEL

Pengguna Instagram bawah 16 tahun perlu izin ibu bapa untuk siaran langsung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat, Meta yang memiliki Facebook dan Instagram mengumumkan bahawa pengguna Instagram berumur bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan menggunakan ciri siaran langsung tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Meta menyatakan bahawa melalui kemas kini pada ciri Akaun Remaja atau “Teen Accounts” di Instagram, pengguna bawah 16 tahun juga tidak lagi boleh mematikan fungsi kabur automatik dalam mesej peribadi.

Ciri keselamatan Teen Accounts ini juga akan diperluaskan ke platform Facebook dan Messenger.

Kemas kini ini akan diuji terlebih dahulu di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia dalam beberapa bulan akan datang.

Ciri Teen Accounts pertama kali diperkenalkan pada September lalu bagi mengehadkan penggunaan platform oleh golongan remaja dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

Rayong cadang Engkilili dinaik taraf jadi daerah penuh

KUCHING: Cadangan menaik taraf Daerah Kecil Engkilili kepada daerah penuh perlu dipercepat bagi memudahkan urusan penduduk dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya kepada masyarakat di