ARTIKEL

BERMULA... Proses gerak kerja di Jalan Premat berlangsung.

Pengguna jalan raya diminta berhati-hati melalui Jalan Premat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Air Kuching (KWB) mengesahkan bahawa tekanan air di beberapa kawasan seperti Petra Jaya, Demak Laut dan Bako dijangka mengalami gangguan susulan kerja-kerja pengasingan paip utama di Jalan Premat yang dijadualkan bermula jam 10 pagi esok.

Menurut kenyataan KWB, gerak kerja membaiki kebocoran di bahagian tengah jalan juga dijangka akan memberi kesan terhadap aliran trafik di kawasan terbabit.

“Susulan kerja pengasingan ini, pengguna di kawasan Petra Jaya, Demak Laut hingga ke Bako mungkin akan mengalami tekanan air rendah.

Manakala kebocoran paip di bahagian tengah jalan serta kerja pembaikan yang melibatkan jentera berat dijangka memberi kesan kepada lalu lintas di lokasi tersebut,” jelas kenyataan itu.

Justeru, KWB menasihatkan semua pengguna jalan raya, termasuk pemandu dan pejalan kaki, agar lebih berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan serta nasihat trafik yang dipasang di sekitar kawasan kerja.

“Kerjasama orang ramai, khususnya pengguna jalan raya, amat penting bagi memastikan keselamatan sepanjang tempoh kerja dijalankan,” tambah kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, KWB memaklumkan bahawa gerak kerja akan dilaksanakan bersama kontraktor yang dilantik, susulan penilaian tapak yang telah dijalankan pada Isnin.

Penilaian tersebut melibatkan pemeriksaan ke atas paip besi mulur (ductile iron) berdiameter nominal 800mm di Jalan Premat bagi mengenal pasti kaedah pembaikan paling berkesan sambil mengurangkan gangguan terhadap perkhidmatan bekalan air.

“Semasa pemeriksaan, didapati terdapat blok konkrit yang dipasang di atas paip sebagai struktur perlindungan,” jelas KWB.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha