ARTIKEL

Penghantaran makanan capai 96.23 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Prestasi penghantaran bekalan makanan yang disalurkan ke kawasan Mukah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mencapai 96.23 peratus setakat 11 April.

Adun Jamoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perancangan Jawatankuasa Bencana Bahagian Mukah yang diketuai oleh Hamdiah Bekir telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Hanya sekitar tiga peratus lagi yang belum menerima kerana kekurangan bekalan beras dari Sibu dan kita akan selesaikan masalah tersebut.

“Semua ketua isi rumah (KIR) telah mendapat agihan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Juanda, bagi sesiapa KIR yang tercicir mereka dinasihatkan untuk segera berhubung dengan ketua kaum, tuai rumah atau kapitan di kawasan masing- masing untuk mendapatkan bantuan tersebut.

“Malah, pekerja warga Indonesia yang terkandas di Kampung Igan dan terputus bekalan makanan semasa bekerja membina Dewan Masyarakat Igan juga mendapat agihan bantuan makanan daripada Ketua Kampung Tengah Igan,
Rosnah Sahari.

“Saya mengucapkan perghargaan dan terima kasih kepada pegawai kerajaan yang terlibat di pejabat residen, daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela dan sukarelawan dari Pusat Khidmat Adun di kawasan Bahagian Mukah kerena telah berkerjasama menyalurkan bantuan kepada rakyat,” katanya.

Bahagian Mukah melibatkan sembilan daerah iaitu Tellian, Balingian, Tamin, Kakus, Dalat, Semop, Daro, Jemoreng dan Kuala Rajang. Seramai 21,826 KIR telah menerima bantuan bekalan makanan daripada 22,682 KIR keseluruhannya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU