PERHIMPUNAN Bulanan Pelajar Bersama Pengarah IKMAS berlangsung dengan jayanya di Dewan Kenyalang, IKMAS, baru-baru ini.
Perhimpunan ini merupakan anjuran Seksyen Pembangunan Sahsiah dan Pusat Islam dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKMAS.
Program ini bertujuan memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan IKMAS dengan pelajar, di samping memberi ruang kepada pelajar untuk mendengar amanat serta nasihat daripada Pengarah IKMAS.
Dalam sesi kali ini, Pengarah IKMAS Zaizurina Mansor menyampaikan kata-kata amanat kepada pelajar IKMAS.
Penyampaian Anugerah Pengarah kepada pelajar cemerlang dalam akademik serta hadiah kepada pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh MPP IKMAS disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IKMAS, Ustazah Ariff Idawati Zainuddin.
Perhimpunan ini diadakan setiap dua bulan pada setiap semester.
Semoga perhimpunan sebegini dapat memperkukuh semangat kebersamaan dan meningkatkan motivasi pelajar, seterusnya melahirkan graduan yang berdaya saing serta berakhlak mulia di IKMAS.





