ARTIKEL

Iskandar berucap pada Program Kursus Penghayatan Syiar Islam dan Pengurusan Kewangan Keluarga Tahun 2026.

Penghayatan agama dan kewangan bantu bentuk keluarga berdaya tahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penghayatan syiar Islam dan pengurusan kewangan keluarga yang berhemah perlu bergerak seiring bagi membentuk institusi keluarga yang kukuh, harmoni dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran semasa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee.

Beliau berkata, penghayatan agama bukan sahaja penting dalam memperkukuh akidah dan sahsiah individu, malah menjadi asas kepada pembentukan keluarga serta masyarakat yang mengutamakan perpaduan dan keharmonian.

Menurutnya, program yang menggabungkan aspek penghayatan syiar Islam dan pengurusan kewangan keluarga amat bertepatan dengan keperluan masyarakat masa kini kerana kedua-dua elemen itu saling melengkapi dalam membina keluarga sejahtera.

Iskandar menyampaikan cenderamata kepada penceramah Program Kursus Penghayatan Syiar Islam dan Pengurusan Kewangan Keluarga Tahun 2026.

“Pada masa yang sama, pengurusan kewangan keluarga merupakan aspek yang tidak boleh dipandang ringan, khususnya dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar.

“Setiap keluarga perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus kewangan secara bijaksana, berdisiplin dan terancang bagi mencapai kestabilan ekonomi serta membina masa depan yang lebih terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kursus Penghayatan Syiar Islam dan Pengurusan Kewangan Keluarga 2026 anjuran KEMAS Bahagian Bintulu dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Muslim Segan di Dewan Serbaguna Sri Segan, Kampung Muslim Segan pada Sabtu.

Iskandar merakam gambar bersama sebahagian peserta Program Kursus Penghayatan Syiar Islam dan Pengurusan Kewangan Keluarga Tahun 2026.

Iskandar berkata program yang menghimpunkan lebih 100 peserta yang terdiri daripada penduduk setempat, jemputan dari Sebauh serta wakil Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan Jepak itu mencerminkan kesungguhan masyarakat untuk terus menimba ilmu dan meningkatkan keupayaan mengurus kehidupan keluarga dengan lebih baik.

Beliau berkata dua pengisian utama program berkenaan, iaitu pengukuhan kefahaman agama dan peningkatan kemahiran pengurusan kewangan, mampu menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih sejahtera.

“Ilmu yang diperoleh melalui program ini bukan sahaja dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian, malah mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan keluarga yang lebih kukuh dari aspek kerohanian, sosial dan ekonomi,” katanya.

Menurut beliau, perancangan kewangan yang baik turut membantu keluarga mengurangkan beban hutang, mengawal perbelanjaan dan membuat persediaan lebih rapi bagi memenuhi keperluan masa depan, khususnya untuk pendidikan serta kebajikan anak-anak.

Sehubungan itu, beliau berharap program pembangunan modal insan seumpama itu dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan supaya lebih ramai anggota masyarakat mendapat manfaat.

“Masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya tahan merupakan aset penting dalam pembangunan negara. Justeru, usaha memperkasa masyarakat melalui program seperti ini perlu diteruskan secara berterusan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada KEMAS Bahagian Bintulu dan JKKK Kampung Muslim Segan atas komitmen menganjurkan program yang disifatkan bertepatan dengan keperluan masyarakat semasa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke