ARTIKEL

ACP Sazalee Adam

Penghuni rumah berjaya tahan suspek pecah rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Seorang lelaki gagal melarikan diri selepas berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal di dalam rumah yang dipecah masuk apabila ditahan oleh penghuni kediaman berkenaan dalam kejadian di Batu Maung di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, ACP Sazalee Adam berkata, siasatan awal mendapati suspek disyaki memasuki rumah berkenaan melalui pintu belakang ketika pembantu rumah keluar membuang sampah.

“Suspek telah melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pengadu (pemilik rumah), tetapi berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal di rumah berkenaan.

“Pengadu dan rakannya berjaya menangkap suspek dan kemudian menyerahkan suspek kepada pasukan peronda polis (MPV) yang bertugas di Zon 3 Batu Maung,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamina dan benzodiazepina serta mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau esok untuk mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman berdurasi 25 saat yang memaparkan seorang lelaki dipercayai suspek sedang menuruni tangga dan perakam dipercayai pemilik rumah menyoal tindakan individu terbabit memasuki kediamannya.

Pihak polis mengesan video itu pada 4 petang semalam yang dimuat naik di satu akaun Facebook. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha