Trending

Penginapan swasta disaran bersedia hadapi kebanjiran pengunjung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Industri penginapan sektor swasta di sekitar Kuching disaran bersedia menghadapi sambutan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang bakal berlangsung bermula dari 23 hingga 25 Jun ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan daripada pengunjung luar terhadap festival tersebut dijangka meningkat sekali gus memberi kesan mendadak kepada permintaan penginapan.

“Penginapan memang akan menjadi cabaran namun ia merupakan masalah yang baik kerana ia memberi tindak balas kepada pertumbuhan industri di Sarawak dan saya gembira dengan perkara ini.

“Jadi saya berharap kepada sektor swasta (industri perhotelan) memandangkan kerajaan tidak dapat membangunkan hotel secara berterusan kerana ada perkara lain untuk dilaksanakan,” katanya.

“Hal ini sekali gus membantu pelabur rumah inap dan sebagainya di samping memberi impak positif dan peluang kepada pelabur untuk memasuki industri berkenaan.”

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penghargaan Penyumbang dan Penyokong RWMF di Raia Hotel hari ini.

Menurut Karim, setakat ini penjualan tiket 3,000 terawal telah mendapat sambutan daripada 60 peratus pengunjung tempatan manakala 40 peratus merupakan pengunjung antarabangsa.

Bagi persediaan sektor penginapan, katanya, perhotelan kategori pertengahan dan Hotel Damai kini sudah disahkan penuh dan sudah habis ditempah.

“Untuk Kuching, hotel kategori lima bintang dan kategori ekonomi masih ada dan untuk makluman, kategori pertengahan sudah laris,” dedahnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru