ARTIKEL

Penglibatan ATM dalam program kemasyarakatan beri pendedahan kepada masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aktiviti kemasyarakatan amat dialu-alukan bagi memberi pendedahan tentang peranan unit beruniform ini kepada penduduk setempat.

Ketua Staf Markas 1 Divisyen Muara Tuang Kolonel Mohamed Rosly Darasid berkata, ia juga selari dengan saranan oleh Kementerian Pertahanan agar ATM terus berinteraksi dengan masyarakat.

“Apabila wujud kerjasama strategik dengan pihak berkaitan melibatkan anggota kami, orang ramai dapat menerima impak positif secara keseluruhannya.

“Pada masa sama, pelbagai pendedahan dapat diberikan supaya masyarakat lebih memahami peranan serta tugas-tugas yang dilaksanakan oleh angkatan tentera dalam mempertahankan negara.

“Selain, memberi pengalaman baharu kepada pengunjung untuk mengetahui aset dan senjata yang digunakan ketika operasi serta bagaimana anggota kami menjalankan aktiviti ketika di dalam hutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Karnival Jom Berambeh bersama-sama ATM di Sekolah Kebangsaan Sejijak, di sini, hari ini.

Karnival yang berlangsung selama dua hari bermula 9 hingga 10 Dis dengan tema ‘Tentera Sentiasa Di Hati Rakyat’ ini merupakan anjuran SK Sejijak sempena ulang tahun ke-53 sekolah tersebut melibatkan badan beruniform termasuk ATM, pihak polis dan sebagainya.

Ketua Staf Markas 1 Divisyen Muara Tuang Kolonel Mohamed Rosly Darasid ketika berucap.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU