ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (barisan tengah, lima, kanan) bersama para pemimpin dunia yang hadir pada hari terakhir pentas Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janeiro, Brazil pada 8 Julai lepas.

Penglibatan Malaysia Dalam BRICS Pacu Ekonomi Berkembang Lebih Pesat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan melihat penglibatan Malaysia dalam BRICS adalah selari dengan usaha memacu ekonomi negara untuk berkembang dengan lebih pesat, stabil dan berdaya tahan.

Kementerian Luar Negeri dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen berkata BRICS menawarkan potensi besar untuk Malaysia mengeksport minyak sawit, getah, elektrik dan elektronik, dan perkhidmatan seperti pelancongan dan penjagaan kesihatan.

“Di samping akses pasaran, BRICS membuka ruang untuk kerjasama industri khususnya dalam bidang tenaga, mineral kritikal, dan teknologi yang sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. 

“Kerjasama sebegini menyokong aspirasi Malaysia dalam pertumbuhan hijau, transformasi digital, tenaga boleh baharu dan pembangunan industri bernilai tinggi,” tambahnya.

Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang ingin tahu status permohonan Malaysia menyertai BRICS dan manfaat ekonomi dan kewangan dengan menyertai blok ekonomi itu. 

Kementerian Luar Negeri berkata, jumlah perdagangan Malaysia dengan negara anggota BRICS bagi tahun 2024 telah mencapai RM818 bilion, iaitu 35.2 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia dengan nilai eksport mencecah RM334.85 bilion, iaitu 45 peratus daripada jumlah eksport global Malaysia.- BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU