KUCHING: Kehebatan pasukan Alumni Sekolah Menengah Bantuan (SMB) St. Thomas Kejohanan Golf Alumni dan Kapten Kelab Golf Sarawak (KGS) 2023 begitu sukar tandingi.
Ia berikutan keupayaan pasukan pilihan popular itu mengungguli kategori yang dipertandingkan.
Muncul juara kategori gross berpasukan. Selain, turut menguasai tiga tempat teratas kategori individu Gross.
Masing-masing menerusi Danial Yeo Thian Chai di tempat pertama (77 mata).
Abdul Aziz Sahari (79 mata) di tempat kedua dan Wan Liz Farwana menduduki tempat ketiga (80 mata).
Dalam pada itu, pasukan Alumni St. Thomas muncul juara kategori berpasukan (Nett).
Kejohanan yang merupakan acara tahunan KGS itu (9 Disember) berlangsung di KGS, Petra Jaya dan turut disertai pasukan Alumni SMB St. Joseph Tanjong Lobang dan Sekolah Sacred Heart.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.




