ARTIKEL

FB Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

Penguatkuasaan Akta Data Digital bermula Januari 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARAWAK: Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 kini berkuat kuasa secara rasmi mulai 1 Januari 2025.

“Terdapat beberapa perubahan penting yang bertujuan untuk memperkukuhkan kawalan dan keselamatan data peribadi di Malaysia,’ menurut kenyataan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia seperti yang dimuat naik dalam Facebook hari ini.

Menurut Kementerian Digital, pindaan utama yang diperkenalkan termasuk:

  1. Seksyen 7: Penggantian istilah “Pendaftar” kepada “Pesuruhjaya”, yang menggambarkan peranan penguatkuasaan yang lebih jelas dan berwibawa.
  2. Seksyen 11: Pengendalian akaun Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi bagi memastikan pengurusan dana yang lebih cekap dan telus.
  3. Seksyen 13: Penyampaian notis kini boleh dilakukan melalui kaedah elektronik, memudahkan komunikasi antara pihak berkuasa dan pengguna.
  4. Seksyen 14: Penjelasan tambahan tentang peruntukan pengecualian, bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam pelaksanaan akta ini.

“Pindaan ini dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi cabaran era digital yang semakin kompleks, di mana data peribadi menjadi aset penting yang perlu dilindungi,’ kata kenyataan itu lagi.

Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi Jabatan Perlindungan Data Peribadi di www.pdp.gov.my atau melalui media sosial jabatan tersebut.

Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan melindungi data peribadi serta mengukuhkan keyakinan terhadap ekosistem digital negara.

BERITA LAIN

Jeju antara laluan baharu AirBorneo

KUCHING: Pulau Jeju, Korea Selatan, antara destinasi yang disasarkan AirBorneo untuk laluan penerbangan antarabangsa baharu selain Jakarta. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk

Syabil raih Anugerah Ketua Pengarah JAKIM

KUCHING: Keputusan memilih Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) sebagai institusi pengajian tinggi membuahkan hasil buat Nur Syabil Fauzi apabila beliau menerima Anugerah Ketua Pengarah

BERITA TERBARU

SUKMA XXII 2026 Panahan emas Joey Tan

SELANGOR: Atlet memanah Sarawak, Joey Tan Xing Lei, mencuri tumpuan apabila meraih pingat emas acara individu recurve wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Sarawak pertimbang pembenihan awan – Uggah

KUCHING: Operasi pembenihan awan sedang dipertimbangkan bagi menangani paras air rendah di empangan hidroelektrik susulan kemarau berpanjangan di seluruh negeri. Timbalan Premier merangkap Pengerusi Jawatankuasa