ARTIKEL

Abdul Yakub Arbi ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Penguatkuasaan undang-undang ke atas nelayan tempatan perlu budi bicara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penguatkuasaan undang-undang ke atas nelayan tempatan di Kuala Balingian dan Mukah harus disertai dengan budi bicara memandangkan mereka bergantung kepada hasil laut sebagai punca pendapatan.

ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, ia memandangkan isu penangkapan nelayan tempatan di kedua-dua kawasan perairan tersebut oleh Jabatan Perikanan Malaysia menimbulkan keresahan.

“Sementara itu, persepsi bahawa pencerobohan nelayan asing belum ditangani sepenuhnya memerlukan mekanisme penguatkuasaan lebih menyeluruh,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar penubuhan Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta menaik taraf premis Bomba Komuniti, termasuk kelengkapan dan ruang operasi.

“Selain itu, saya mencadangkan latihan berkala untuk Bomba Sukarela dan penempatan seorang pegawai penyelia sepenuh masa di Stadium Mini Balingian,” jelasnya.

Mengulas hal pendidikan, beliau berkata Projek SMK Balingian telah tertangguh terlalu lama dan perlu dipercepatkan demi memastikan akses pendidikan menengah yang wajar untuk anak-anak Balingian.

Dari segi infrastruktur, Abdul Yakub memohon agar Skim Pembesaran Kampung (SPK) lama dinaik taraf mengikut spesifikasi baharu merangkumi jalan berturap, parit konkrit, lot bertembok serta bekalan air dan elektrik di SPK Jebungan Fasa Dua, SPK Tabo, SPK Tutus Hilir dan SPK Kuala Balingian.

“Isu hakisan sungai di Kampung Teh Labak, Kampung Sungai Ragei, Tutus Hilir dan kawasan Batang Gigis Mukah semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan segera demi keselamatan penduduk,” katanya.

Dalam hal berkaitan, beliau turut mencadangkan pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti serta menyediakan kawasan parkir khas untuk lori bagi meningkatkan tahap keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan susulan peningkatan jumlah kenderaan berat menggunakan jalan pesisir pantai di kawasan Balingian.

“Selain itu, saya juga mencadangkan agar lokasi transit bas dikenal pasti demi keselamatan dan keselesaan orang awam,” ujarnya.

Abdul Yakub juga mencadangkan pembinaan laluan berbumbung dari kawasan parkir awam ke bangunan DUN bagi memudahkan ratusan pegawai kerajaan, petugas media dan orang awam yang berjalan jauh setiap persidangan dalam keadaan panas terik atau hujan lebat.

“Walaupun kecil skalanya berbanding agenda pembangunan negeri, penambahbaikan ini dapat meningkatkan akses dan keselesaan, serta mencerminkan komitmen kita menjadikan DUN sebuah institusi yang moden, efisien dan mesra rakyat,” tegasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha