ARTIKEL

Pengundi datang sejam lebih awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep tiba di Dewan Kampung Tanjung Poting, jam 8.23 pagi tadi bagi menunaikan amanahnya bagi membuang undi.

Beliau yang berkemeja putih bersama-sama isterinya Datin Christina Esni kemudian menyertai pengundi lain beratur bagi menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Tinjauan Suara Sarawak mendapati, pengundi mula beratur di hadapan dewan ini sejak jam 7 pagi tadi walaupun pusat mengundi hanya dibuka pada jam 8 pagi.

Walaupun berlaku gangguan bekalan elektrik dari jam 8.31 pagi tadi, proses pengundian setakat ini berjalan lancar.

Dun Tasik Biru menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Henry Jinep, Granda Aing dari DAP, Paul Shanon (PBK) dan calon PSB Datuk Dr Tiki Lafe.

Kerusi Tasik Biru sebelum ini dimenangi Datuk Henry Harry Jinep pada PRN-11, iaitu menang dengan 6,922 undi berbanding calon DAP, Mordi Anak Bimol dengan 5,634 undi bagi kerusi Dun tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU