ARTIKEL

Pengundi harus berfikir secara objektif, ketepikan emosi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakyat harus sedar dan berfikir secara objektif apabila tiba masa untuk memilih kerajaan yang akan memimpin kelak, kata Adun Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh.

Menurutnya, rakyat perlu melihat kepada apa yang sudah dikecapi di bawah pimpinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sepanjang lima tahun ini dalam membangunkan negeri Sarawak.

“Mengenai Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12), saya tidak tahu bila ia akan dilaksanakan, namun rakyat perlu melihat perkara ini dengan minda yang terbuka dan buat keputusan secara bijak dan bukan berdasarkan emosi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2021 Peringkat Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Len yang juga Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar turut memberitahu bahawa beliau belum dapat memberi kepastian bagi pencalonan dirinya dalam PRN kali ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU