ARTIKEL

Pengundi muda sekitar 40 peratus, bakal tentukan PRU Sarawak ke-13

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengundi muda dijangka memainkan peranan penting pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13, menurut Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menganggarkan pengundi baharu pada pilihan raya kali ini merangkumi kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan pengundi seperti dilapor Bernama.

Susulan perkembangan itu, usaha mendidik golongan berusia 18 hingga 25 tahun tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengundi menjadi semakin penting, katanya.

Selain itu, Abdul Karim menegaskan golongan muda wajar diberi pendedahan dan ruang untuk berfikiran terbuka, menilai sendiri calon yang layak, serta tidak terpengaruh dengan sentimen ekstrem berkaitan bangsa dan agama yang boleh mewujudkan trend tidak sihat.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 28 Nov, pengundian awal pada 8 Dis dan hari mengundi pada 12 Dis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

BN-PN lancar manifesto bersama PRN Melaka

MELAKA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) melancarkan manifesto bersama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Ayer Keroh semalam. Pengerusi BN Melaka