ARTIKEL

Camat Sekayam, Kosmas Yul ditemu bual wartawan. | GHAZALI BUJANG

Pengundi teruja ‘coblos’ Pemilu Indonesia 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BALAI KARANGAN: Pemilih di Daerah Sekayam, Kalimantan Barat, Indonesia begitu bersemangat untuk menunaikan kewajipan mengundi mereka sempena Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024.

Ini ditunjukkan dengan keterujaan para pengundi yang mula mengerumi Tempat Pemungutan Suara (TPS) seawal jam 7 pagi sejurus dibuka kepada orang ramai.

Pengawas TPS 03 Lintas Batas Desa Entikong, Mohd Nazri Musadad. | GHAZALI BUJANG

Camat Sekayam, Kosmas Yul yang ditemui Suara Sarawak berkata, faktor cuaca cerah membolehkan kira-kira 29,000 pemilih untuk turun mengundi di 118 TPS sekitar daerah ini.

Malah katanya, berdasarkan pemantauan pihaknya bersama pihak polis dan tentera juga mendapati proses pilihan raya berjalan dengan lancar.

TUNAI TANGGUNGJAWAB… Pemilih menunaikan tanggungjawab dalam memilih di TPS di Kacematan Sekayam. | GHAZALI BUJANG

“Keterujaan masyarakat sememangnya luar biasa, dari jam 7 pagi sehingga 10 pagi masih ramai yang datang untuk pemilihan TPS di Sekayam.

“Harapan kami Pemilu ini dapat berjalan dengan aman dan berjaya.

Mudahan dengan adanya pesta demokrasi ini, kita berharap masyarakat bergembira menyambut pemimpin baharu.

Selain masa hadapan lebih berjaya dan maju untuk Indonesia,” ujarnya.

Sementara itu Pengawas TPS 03 Lintas Batas Desa Entikong, Mohd Nazri Musadad berkata, keterujaan untuk turun memilih ekoran usaha Ketua Kelompok Penyelenggara Pemungutan Suara (KPPS) mengedar surat undangan memilih kepada pemilih.

Baca lain  Tiket konsert Coldplay jadi mas kahwin

“Pihak KPPS telah memberi surat undangan dan sudah berjalan dari rumah ke rumah sehingga pemilih dapat datang ke tempat pencoblosan (TPS),” ujarnya.

Dalam pilihan raya sehari terbesar di dunia itu, rakyat Indonesia akan memilih presiden dan naib presiden baharu, parlimen dan penggubal undang-undang.

Ia antara 20,000 jawatan pentadbiran di seluruh negara dan kira-kira 205 juta pemilih berdaftar layak mengundi.

Setiap pengundi diberikan lima kertas undi untuk memilih pasangan presiden dan naib presiden, penggubal undang-undang di peringkat nasional, wilayah dan daerah serta senator wilayah.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh