ARTIKEL

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh. - Foto: Ramidi Subari

Pengurangan aktiviti pembalakan, penanaman semula hutan langkah mitigasi perubahan iklim – Len Talif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak sentiasa menjalankan penilaian terhadap taman-taman negara yang terjejas akibat bencana alam bagi memastikan usaha pemuliharaan dapat diteruskan secara berkesan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh, berkata memang terdapat sedikit kerosakan walaupun sebelum bencana.

Namun demikian, keadaan tidak seteruk yang pernah dialami 10 tahun lalu.

“Ini membuktikan bahawa langkah kita dalam mengawal penebangan hutan sejak beberapa tahun lalu telah memberi kesan positif.

“Sarawak telah mengurangkan aktiviti pembalakan secara drastik dalam tempoh tujuh tahun lalu, selain memberi tumpuan kepada usaha penanaman semula hutan sebagai langkah mitigasi perubahan iklim,” katanya ketika ditemui pada Majlis Malam Apresiasi Bersama Media di sini semalam.

Menurutnya, Sarawak kini bergerak ke arah ekonomi hijau, perdagangan karbon, dan pengimbangan karbon, bagi memastikan sumber hutan dapat dimanfaatkan secara lestari tanpa menjejaskan alam sekitar.

“Kita tidak mahu hanya menebang pokok, sebaliknya kita mahu memanfaatkan hutan secara lestari.

“Ini adalah pendekatan yang diambil Kerajaan Negeri untuk menangani kesan perubahan iklim,” jelasnya.

Mengulas tentang banjir luar biasa yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini, Len berkata faktor utama adalah hujan lebat luar biasa.

“Di kawasan seperti Dalat dan Mukah, hujan yang turun dalam tempoh beberapa jam mencapai 900 millimeter (mm), berbanding jumlah hujan tahunan di Bintulu sekitar 4,500mm, menyebabkan sistem saliran tidak mampu menampung jumlah air yang banyak dalam tempoh singkat.

“Justeru, kita perlu memastikan setiap aktiviti pembangunan mengambil kira kesan terhadap alam sekitar,” katanya.

Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh langkah mitigasi, termasuk mengawal pembalakan, menambah kawasan hutan simpan, dan mempromosikan tenaga hijau seperti hidrogen bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.

Dengan usaha berterusan ini, beliau yakin Sarawak mampu mencapai keseimbangan antara pembangunan ekonomi dengan kelestarian alam sekitar.

#ekonomihijausarawak #tanamsemulahutansarawak #jangantebanghutansarawak

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah