BARU-baru ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Ruslan Said mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik Ikmas bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jakim Sarawak.
Seramai tujuh ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik turut menghadiri mesyuarat tersebut.
Tujuan mesyuarat ini ialah menimbang dan meluluskan kertas cadangan bagi Buku Peraturan Ikmas (Pindaan 2023).
Seterusnya bertujuan menimbang dan meluluskan Kertas Cadangan Permohonan Semakan Program Diploma Dakwah Islamiyah serta Kertas Cadangan Pelaksanaan Program Baharu Diploma Syariah di Ikmas.



