ARTIKEL

Penjawat awam bocor dokumen boleh dikena tindakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang membocorkan dokumen penghakiman mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, SPA mempunyai peruntukan dan kuasa disiplin tertentu yang boleh diambil sekiranya terdapat penjawat awam yang bertindak sedemikian.

“Mahkamah itu sendiri ada peraturan dan perlembagaan. Kalau pegawai yang membocorkan dokumen ini bukan daripada pihak hakim, maka ada perundangan di bawah SPA untuk kuasa-kuasa disiplin diambil.

“Perkara keciciran seperti ini tidak sepatutnya berlaku, namun sudah berlaku. Jangan buat apa-apa yang boleh menimbulkan masalah kepada sesuatu badan, dan dalam kes ini ia membawa masalah kepada Badan Kehakiman,” katanya.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Kembara Anak Samurai ke Sarawak di Kampung Santubong, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kebocoran dokumen penghakiman keputusan kes rasuah melibatkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya lagi, beliau yakin bahawa Kerajaan Malaysia peka dan melihat perkara tersebut dengan serius kerana ia tidak sepatutnya berlaku.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai memaklumkan, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan dua individu melibatkan seorang Hakim Mahkamah Tinggi dan seorang pegawai undang-undang, bagi menyiasat kebocoran dokumen kes Rosmah itu.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha