ARTIKEL

Gambar hiasan

Penjenayah Nekad Langgar Polis, Kantoi Bawa Dadah & Senjata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penjenayah tegar sekali lagi menerima hukuman apabila menghalang tugas penjawat awam dengan melanggar kenderaan dan mencederakan anggota polis ketika melarikan diri dalam aksi kejar-mengejar dengan kenderaan polis di Jalan Depo, April lalu.

Junaidy, 34, yang mempunyai lima rekod lampau melibatkan kes curi dan dadah, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Dia bersama seorang lagi rakan didakwa kerana dengan niat bersama telah menghalang tugas dua anggota polis daripada menjalankan pemeriksaan.

Mereka cuba mengelak pemeriksaan dengan melarikan diri serta gagal mematuhi arahan pihak berkuasa di kawasan Jalan Nuri menghala ke Jalan Depo Link, sekitar jam 9.55 malam, 11 April lalu.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Menurut fakta kes, siasatan mendapati pada hari kejadian, pihak polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah telah mengarahkan tertuduh dan rakannya berhenti, namun kedua-duanya bertindak melarikan diri.

Semasa aksi kejar-mengejar, kenderaan tertuduh jenis Perodua Myvi telah melanggar kenderaan polis sebelum tertuduh berjaya ditahan.

Semasa ditahan, tertuduh bertindak agresif sehingga menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan. Ujian saringan air kencing terhadap tertuduh turut mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan tertuduh menemui sebatang kayu T-baton, seunit alat pemecah cermin, serta tiga jenis dadah iaitu ketamin, syabu dan pil eramin.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Arman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,