ARTIKEL

Penolong jurutera universiti awam ditahan SPRM disyaki salah guna kuasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang penolong jurutera universiti awam kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melupuskan sisa binaan bagi sebuah projek menaik taraf hingga menyebabkan kerugian kira-kira RM500,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 44 tahun itu telah ditahan kira-kira 7 malam tadi di Pejabat SPRM Johor di sini.

Difahamkan, suspek telah menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai wakil universiti bagi sebuah projek menaik taraf infrastruktur dan sistem mekanikal, elektrikal serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bernilai lebih RM13 juta dengan melupuskan sisa binaan tersebut hingga menyebabkan pihak universiti berkenaan mengalami kerugian dianggarkan RM500,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini hari ini bagi permohonan reman. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha