ARTIKEL

Kamarul dalam sidang media membenarkan penonton kembali menyaksikan perlawanan silat olahraga pada hari terakhir esok bermula 8.30 pagi.

Penonton dibenarkan kembali menyaksikan perlawanan separuh akhir, akhir silat olahraga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Penonton diberikan kebenaran semula bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir dan akhir acara silat olahraga di Stadium Bandaraya Miri bermula 8.30 pagi.

Ketua Delegat Teknikal Jawatankuasa Teknikal Pencak Silat, Kamarul Arrifin berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kedatangan penonton yang datang jauh dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan beberapa bahagian lain di Sarawak, dan memandangkan keadaan terkawal serta demi memeriahkan temasya Sukma kali.

“Maka dengan itu, jawatankuasa teknikal dan keselamatan membuat keputusan bagi membenarkan penonton masuk ke stadium,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata beberapa syarat harus dipatuhi penonton iaitu tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman masuk ke stadium.

“Penonton juga tidak dibenarkan berada di kawasan belakang urus setia teknikal pertandingan yang ada papan pemarkahan, dan kontinjen harus berada ditempat yang disediakan.

“Ini bermaksud kontinjen diasingkan dan tidak bercampur dengan penonton yang hadir dan tahap keselamatan di dalam dan luar stadium akan dipertingkatkan,” jelasnya.

Perlawanan separuh akhir dan akhir dijadualkan bermula esok pada 8.30 pagi, sementara pada sebelah petangnya ialah majlis penyampaian pingat.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha