ARTIKEL

Abang Johari merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu yang hadir.FOTO: MOHD ALIF NONI

Penstrukturan semula membuahkan hasil — Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Amanah Saham Sarawak (ASSAR) mencatatkan pencapaian membanggakan hasil daripada pengurusan pelaburan berhemah dan berpandangan jauh apabila berjaya memperoleh jumlah agihan dividen pasca penstrukturan semula mencecah RM42.33 juta.

Abang Johari ketika merasmikan Pejabat Bergerak ASSAR selepas sidang media sempena Majlis Pengumuman Dividen ASSAR bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2025 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) Kuching, hari ini.FOTO: MOHD ALIF NONI

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata langkah penstrukturan semula sejak Januari 2024 itu, berjaya mengimbangi risiko dana dan memelihara nilai pelaburan para pemegang unit serta memastikan penjanaan pendapatan yang mampan untuk jangka panjang.

“Alhamdulillah, usaha tersebut telah membuahkan hasil dan ASSAR telah berjaya mengagihkan dividen sebanyak tiga kali berturut-turut setiap enam bulan, bermula Januari 2024.

“Saya juga difahamkan meskipun telah membuat tiga kali agihan dividen, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit ASSAR kekal stabil.

“Purata NAB seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 ialah RM1.11 berbanding RM1.08 bagi tahun kewangan sebelumnya, iaitu pertumbuhan sebanyak 3.2 peratus,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pengumuman Dividen ASSAR bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2025 di di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, walaupun dalam suasana pasaran yang mencabar, prestasi dana ASSAR kekal stabil dan berdaya tahan.

“Walaupun NAB turut mengalami turun naik selaras dengan keadaan pasaran, tahap volatiliti adalah terkawal hasil daripada strategi perumpukan aset yang berhemah dan berdisiplin.

“NAB ASSAR pada paras RM1.12 seunit pada 30 Jun 2025, mencatatkan penurunan marginal sebanyak 0.44 peratus tahun-ke-tahun.

“Prestasi ini amat membanggakan, memandangkan Indeks FBMKLCI bagi tempoh yang sama mencatatkan penurunan lebih ketara sebanyak 3.6 peratus,” jelasnya.

Dalam hal berkaitan, Abang Johari turut merasmikan Pejabat Bergerak Amanah Saham Sarawak (ASSAR) yang menjadi platform untuk mendekati para pelabur khususnya komuniti luar bandar sekali gus memastikan akses perkhidmatan lebih inklusif dan mesra rakyat.

Katanya, menerusi inisiatif baharu iaitu Pejabat Bergerak ASSAR beliau yakin pasukan tersebut kini lebih bersedia untuk memberi perkhidmatan yang lebih proaktif dan cekap dalam usaha meningkatkan jangkauan agar ASSAR terus relevan serta dekat di hati masyarakat.

Tambahnya, inisiatif Pejabat Begerak ASSAR ini dapat memenuhi keperluan pelabur dan rakyat di luar bandar ekoran
pelaksanaan jaringan jalan raya yang baharu di kawasan pesisir, selain daripada Lebih Raya Pan Borneo dan pembinaan jambatan.

“Dengan adanya pelaburan tambahan juga, kita dapat memperluaskan lagi ekonomi dan sektor-sektor yang akan memberi pulangan kepada para pelabur termasuk bidang pertanian dan juga bidang yang hendak diwujudkan,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu