ARTIKEL

Anwar beramah mesra dengan penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara (OKU) Dr Zaidi Embong.

Pensyarah UTHM dinobat Tokoh Pekerja Negara Kategori OKU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Dr Zaidi Embong yang menghidap penyakit jarang jumpa ‘muscular dystrophy’, menerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara bagi kategori Orang Kurang Upaya (OKU) sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 hari ini.

Zaidi, 52, yang berkerusi roda, mendedikasikan hidup mendidik anak bangsa meskipun pergerakannya terbatas ekoran penyakit dihidapi sejak 20 tahun lepas.

Pensyarah di Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi itu sanggup berulang alik sejauh 140 kilometer dengan memandu sendiri kenderaan dari rumahnya di Ayer Hitam ke UTHM Cawangan Pagoh, Johor setiap hari bagi menabur bakti.

“OKU ada kelebihan sendiri dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

“Contohnya kalau OKU itu boleh menyanyi tetapi tidak diberikan peluang, masyarakat keliling perlu peka dan bantu individu tersebut dari pelbagai aspek.

“OKU juga kena berani dan tingkatkan keyakinan diri, kalau tak pecahkan sifat malu itu, kita berdepan situasi malu bertanya, sesat jalan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis sambutan itu di sini, hari ini.

Zaidi merupakan antara 11 penerima anugerah sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, penerima Anugerah Media (Individu), Mohd Alhafiz Ithnin dari Harian Metro, berkata siri laporan yang dihasilkannya mengenai dasar satu peratus penjawat awam kategori OKU dalam perkhidmatan awam memberikan impak kepada banyak pihak sehingga topik berkenaan dibawa ke sidang Dewan Rakyat.

“Saya harap kerajaan dapat terus perjuangkan agar dasar itu dicapai seperti mana dibincang dalam Parlimen,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang menyifatkan Anugerah Kesatuan Sekerja Sektor Awam kepada kesatuan itu sebagai penghargaan terhadap perjuangan NUTP selama ini dalam menjaga kebajikan guru.

Beliau berkata, pengiktirafan itu bertepatan dengan sambutan Jubli Emas NUTP tahun ini sekali gus memotivasikan kesatuan itu untuk memastikan aspek kesejahteraan guru sentiasa terjamin. – BERNAMA

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan