ARTIKEL

TAHNIAH….Leonard meraih AIBA 2025, menerusi buku antidadahnya ‘No to Drug’, semalam.

Penulis Sarawak raih anugerah AIBA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penulis Sarawak, Leonard Sabu, mencatat sejarah apabila menjadi anak Sarawak pertama meraih ASEAN International Book Award (AIBA) 2025, menerusi buku antidadahnya, ‘No to Drug’.

Ia diumumkan pada majlis anugerah anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (NBDF) dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Consortium of Asia Pacific Education Universities (CAPEU), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Yayasan Generasi Malaysia, semalam.

Bertemakan ‘Books for Humanity, Voices for Change,’ beliau menunjukkan karya yang memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan sosial dan mencerminkan keperluan masyarakat kontemporari di seluruh ASEAN.

Menurut NBDF, karya yang diterbitkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) itu dipilih atas impaknya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

Leonard, mula menulis sejak di bangku sekolah telah menghasilkan lebih 30 penerbitan merangkumi etika, pencegahan jenayah, kepimpinan dan pembangunan belia dan banyak digunakan di sekolah serta pusat latihan di seluruh negara.

Di samping itu, pengiktirafan ini membawa makna besar kerana penyalahgunaan dadah kekal sebagai salah satu cabaran paling serius di rantau ASEAN kerana dengan lebih 650 juta penduduk, isu tersebut memberi kesan kepada komuniti bandar serta luar bandar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU