ARTIKEL

Penumpang MPV maut nahas dengan lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan dengan lori di Jalan Sungai Aping berhampiran simpang Bawang, Jalan Tatau-Selangau, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa seorang lelaki berusia 46 tahun didapati tersepit dan terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Sebaik sampai, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau mendapati mangsa tersepit tidak sedar diri disebabkan MPV yang dipandunya remuk.

SEBUAH MPV yang kelihatan remuk selepas berlanggar dengan lori di Jalan Sungai Aping berhampiran simpang Bawang, Jalan Tatau-Selangau, pagi tadi.

“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum diserahkan kepada polis.

Sementara pemandu lori selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke