ARTIKEL

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Samarahan-Stutong Bypass, di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Barry William berkata, kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 9.30 malam membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.

Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa, lelaki berumur 20 tahun yang sedang memotong kenderaan dari arah Kuching ke Kota Samarahan, bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu lelaki berumur 20 tahun dari arah bertentangan.

“Mangsa kemudian dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki berumur 36 tahun kerana tidak sempat mengelak.

“Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan sekitar jam 10.06 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat manakala kedua-dua pemandu lain tidak mengalami kecederaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Atlet muda Muay Thai Sarawak berpotensi besar

BINTULU: Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim kagum dengan prestasi yang dipamerkan atlet muda yang bersaing dalam Kejohan Muay Thai Piala Premier