ARTIKEL

Penunggang motosikal maut terlanggar tiang di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang pemandu lori treler maut dalam satu kemalangan kendiri selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu di pembahagi jalan di Jalan Nyabau berdekatan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) Bintulu, petang Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Andrea Adrian Anak Sera, 26,meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Bintulu.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Jenis Yamaha 125 dalam perjalanan balik ke rumahnya di alamat A6 Berek LAKU Jalan Nyabau, dekat sini. .

Apabila tiba di tempat kejadian motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu di pembahagi jalan.

Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu ketika mengesahkan perkara itu berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa kerana gagal mengawal motosikal lalu melanggar objek di tepi jalan.

Kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha